Sasar Simpanan RM103K dlm 20 tahun – Pakej Nilam SSPN1M-i Plus

Pakej Nilam SSPN1M-i Plus merupakan pakej yang sesuai bagi pendeposit yang mensasarkan jumlah simpanan terkumpul yang tertinggi dengan jumlah deposit bulanan yang sederhana tinggi.

Pakej Nilam ini memperuntukkan sebanyak RM270 kepada Akaun Simpanan manakala baki RM30 lagi disumbangkan kepada Caruman Takaful.

Simpanan RM103 Ribu Dalam Masa 20 Tahun

Unjuran simpanan terkumpul bagi Pakej Nilam mencapai amaun RM103,231.00. Jumlah ini diperoleh dengan simpanan tetap bagi jangka masa 20 tahun dengan anggaran dividen +4.25% setiap tahun.

Status Halal – Simpanan Patuh Syariah

Status halal bagi produk simpanan dan takaful, pakej SSPN1M-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM). Kontrak Wakalah digunakan bagi skim takaful mankala bagi Akaun Simpanan konsep Wakalah Bil Istithmar diamalkan dalam pengurusannya.

Dengan menyertai pakej ini anda berpeluang menikmati keistimewaan pakej SSPN1M-i Plus seperti berikut:

  1. Patuh Syariah
  2. Rebat Cukai Pendapatan LHDN
  3. Dividen tahunan
  4. Kelayakan memohon pinjaman PTPTN
  5. Simpanan Dijamin Kerajaan Malaysia
  6. Kelayakan menyertai Cabutan SSPN-i Plus 2016/17

Di samping itu antara kelebihan yang diperoleh menerusi sumbangan takaful ialah:

  1. Tidak perlu pemeriksaan kesihatan untuk menyertai takaful
  2. Manfaat takaful bagi kematian / ilat kekal (akibat kemalangan)
  3. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
  4. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
  5. Elaun kemasukan hospital
  6. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia