Bajet 2018: RM250 Juta Kepada 500,000 Pelajar Sekolah Melalui SSPN1M

Dalam usaha kerajaan menggalakkan orang ramai terutama ibu bapa membudayakan amalan menabung bagi masa depan anak-anak, semasa pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, telah mengumumkan insentif untuk setiap pelajar yang mempuyai simpanan di dalam akaun SSPN1M.

RM500 Untuk Setiap Pelajar Yang Menyimpan Dengan SSPN1M

… sebanyak RM250 juta disediakan kepada 500,000 pencarum berusia antara tujuh hingga 12 tahun dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1Malaysia (SSPN1M) yang hanya boleh dikeluarkan apabila anak mencapai usia 18 tahun

Insentif sebanyak RM500 akan di depositkan secara automatik oleh kerajaan kepada akaun pelajar yang mendeposit sebanyak RM500 pada tahun 2018.

Pelepasan Cukai SSPN Individu Sehingga Rm6,000 Dilanjutkan

Bagi setiap ringgit yang di depositkan ke akaun simpanan SSPN1M sehingga tahun 2020 oleh ibu bapa, layak menerima pelepasan cukai individu dengan jumlah sehingga RM6,000.

Bajet 2018 PTPTN

Sementara itu turut dibentangkan semasa dalam bajet 2018 adalah, diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dilanjutkan sehingga Disember tahun depan (2018). Golongan peminjam yang mempunyai baki tertunggak digalakkan segera  menyelesaikan pembayaran tunggakan pinjaman masing-masing.

Diskaun 20% Penyelesaian Penuh,

Diskaun 10% Penyelesaian 50%

Bajet 2018 memperuntukkan: 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran dan 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit secara terus mengikut jadual.

Jika peminjam tidak mampu myelesaikan keseluruhan pinjaman, pilihan alternatif membayar sehingga 50% daripada baki pinjaman akan memberikan diskaun sebanyak 10%.

Pemberian diskaun 20 peratus itu layak diterima peminjam berkuat kuasa 27 Oktober lalu sehingga 31 Disember 2018 dan peluang itu perlu digunakan sebaiknya bagi mereka yang berhasrat untuk membuat bayaran balik secara penuh.

Malah, melalui pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bulan lalu, beliau turut mengumumkan beberapa kelonggaran tambahan kepada PTPTN.

Peminjam seharusnya merasa bertuah kerana kerajaan memberi inisiatif terbaik untuk meringankan beban mereka, malah perlu merebut peluang ketika ada diskaun ini.

Kelonggaran Tambahan Pinjaman (B40)

Pertama, bagi pelajar daripada keluarga kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang mengikuti kursus berkebolehpasaran tinggi, sebanyak RM200 juta ditambah untuk menaikkan jumlah pinjaman maksimum mereka.

Kedua, tempoh ‘grace period’ bayaran balik pinjaman dilanjutkan kepada 12 bulan selepas tamat pengajian, berbanding enam bulan pada masa ini,” katanya ketika ditemui di Menara PTPTN.

Peminjam yang ingin menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, sebagai contoh diploma ke ijazah sarjana muda boleh menggabungkan pinjaman sebagai satu pinjaman dan hanya perlu membuat bayaran balik selepas tamat pengajian kelak.

Promosi: Hadiah Wang Tunai Sehingga RM500,000

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan orang ramai terutama ibu bapa membudayakan amalan menabung bagi masa depan anak-anak, PTPTN menyediakan lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 untuk pendeposit skim simpanan pendidikan SSPN-i Plus menerusi Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN.

Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN itu merangkumi Cabutan Bulanan dan Cabutan Istimewa sebagai tanda penghargaan, dorongan serta galakan kepada orang ramai yang menyimpan dengan PTPTN.

Produk SSPN-i Plus menawarkan pakej simpanan yang dijamin kerajaan dan mempunyai perlindungan takaful yang komprehensif termasuk kematian, ilat kekal dan 36 penyakit kritikal, selain mendapat pelepasan taksiran cukai dan layak mendapat dividen tahunan.