Melancong Ke Disneyland Jepun Dengan Cabutan SSPN-i Plus

SSPN-i Plus menawarkan hadiah pakej pelancongan untuk keluarga anda apabila membuat simpanan untuk tabung kolej/universiti anak anda. Sebanyak 4 hadiah pakej pelancongan ditawarkan sepanjang tahun ini!

Lebih menarik lagi, sekiranya anda tidak berminat untuk ke Disneyland Jepun, anda boleh memilih untuk menukar hadiah kepada pakej Umrah.

Apakah Hadiah Yang Ditawarkan?

4 Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,000

CabutanWow! SSPN1M (Setiap suku tahun)

Cabutan untuk tempoh simpanan :

  1. Januari – Mac 2018
  2. April – Jun 2018
  3. Julai – September 2018
  4. Oktober – Disember 2018

Bagaimana Untuk Layak utk Cabutan ke Disneyland?

  1. Buka mana-mana pakej akaun SSPN-i Plus
  2. Membuat deposit konsisten, setiap bulan.
  3. RM50 dikira sebagai satu cabutan. Gandakan lebih banyak simpanan untuk lebih banyak simpanan!
Cabutan SSPN Suku tahun
Cabutan Wow! SSPN1M-i Plus 2018 turut menawarkan hadiah lain yang menarik seperti:
  1. Wang Tunai RM100,000 – Cabutan Tahunan
  2. Pakej Percutian Keluarga Dalam Negara – Cabutan Setiap Bulan
Sambil menabung untuk anak-anak, niat biar ikhlas, insyaallah dapat.

SSPN Menang Percutian ke Disneyland Jepun

Pendaftaran akaun kini lebih mudah melalui portal SSPN-i Plus PTPTN. Klik butang untuk

 

Buka Akaun SSPN-i Plus

 

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my

Perlukan Bantuan?: Bagimana Daftar Online SSPN-i Plus? | Pakej Mana Untuk Saya? | Terma & Syarat Insentif RM500? | Apa Benfit SSPN-i Plus?

 

Cabutan Tahunan SSPN RM100,000

Cabutan Bulanan SSPN

TERMA & SYARAT CABUTAN WOW! SSPN1M 2018

  1. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;
  2. Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun baharu dan/atau penambahan deposit serta memastikan akaun aktif sehingga tamat tempoh promosi;
  3. Pendeposit SSPN1M-i Plus baharu atau sedia ada adalah layak untuk cabutan dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
  4. Bilangan cabutan ditentukan daripada baki deposit SSPN1M-i Plus pada tarikh tamat tempoh promosi tersebut. Nilai deposit SSPN1M-i Plus adalah berdasar nilai pakej (jumlah simpanan + takaful);
  5. Bilangan cabutan Bulanan dan Sukuan adalah berdasarkan setiap RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan, manakala bilangan cabutan Tahunan adalah berdasarkan setiap RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan;
  6. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;
  7. Hadiah berbentuk ganjaran tunai akan didepositkan ke akaun peribadi pemenang sekiranya pemenang bersetuju menerima hadiah pakej pelancongan.
  8. PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;
  9. PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;
  10. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;
  11. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;
  12. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan
  13. PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.