Manfaat Takaful RM1 Juta – Pakej Berlian SSPN-i Plus

Pakej Berlian SSPN-i Plus direka khusus bagi Pendeposit yang mengutamakan Caruman dan Manfaat ke atas Takaful yang maksimum.

Dengan pakej ini, Pendeposit memperoleh manfaat sehingga RM1,000,000.00 (satu juta ringgit) sekirannya berlaku kematian atau keilatan kekal yang menyeluruh (hilang upaya kekal) akibat kes kemalangan.

Bagi kes bukan kemalangan manfaat yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000.00. Pakej ini merupakan satu-satunya pakej yang menawarkan manfaat atas keilatan kekal sebahagian sehingga RM100,000.00. Perlindungan yang ditawarkan ini adalah meliputi 24 jam dan seluruh dunia.

Di samping itu, manfaat sehingga RM100,000.00 diperuntukkan untuk kes 36 penyakit kritikal.

Elaun harian hospital bagi pakej Berlian ini adalah yang tertinggi berbanding pakej lain, di mana manfaat yang ditawarkan adalah sebanyak RM200 sehari.

Pakej Berlian SSPN-i Plus memperuntukkan RM200 kepada Akaun Simpanan manakala RM300 disumbangkan kepada caruman Takaful.

Oleh kerana akaun SSPN-i Plus perlu diaktifkan setiap bulan dengan deposit bulanan, jumlah simpanan tahunan dianggarkan sehingga RM2,400.00 (RM200 x 12 bulan).

Simpanan Terkumpul Pakej Berlian Sehingga RM76 Ribu

Unjuran simpanan terkumpul 20 tahun, dengan mengambilkira dividen tahunan sebanyak 4.25%, memberikan nilai sehingga RM76,467.00.

Dari segi kepatuhan terhadap status halal bagi produk simpanan dan takaful, pakej SSPN-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM). Bagi Akaun Simpanan konsep Wakalah Bil Istithmar diamalkan dalam pengurusannya manakala, kontrak Wakalah digunakan bagi skim takaful.

Secara kesimpulannya, dengan menyertai pakej Berlian SSPN-i Plus ini anda berpeluang menikmati keistimewaan pakej SSPN-i Plus seperti berikut:

  1. Patuh Syariah
  2. Rebat Cukai Pendapatan LHDN – simpanan anda boleh dikembalikan!
  3. Dividen tahunan
  4. Kelayakan memohon pinjaman PTPTN
  5. Simpanan Dijamin Kerajaan Malaysia
  6. Kelayakan menyertai Cabutan Wow SSPN-i Plus 2018

Di samping itu antara kelebihan yang diperoleh menerusi sumbangan takaful ialah:

  1. Manfaat takaful bagi kematian / ilat kekal (akibat kemalangan)
  2. Khairat kematian termasuk pasangan dan 3 orang anak
  3. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
  4. Elaun kemasukan hospital
  5. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia

Daftar SSPN-i Plus Hari Ini dan Nikmati Kelebihan Berganda

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Mula mendaftar akaun anda hari ini dan nikmati kelebihan berganda yang ditawarkan oleh SSPN-i Plus. Menabunglah untuk masa depan anak-anak anda yang tersayang.

Pendaftaran akaun kini lebih mudah melalui portal SSPN-i Plus PTPTN. Klik butang untuk

 

Buka Akaun SSPN-i Plus

 

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my

Perlukan Bantuan?: Bagimana Daftar Online SSPN-i Plus? | Pakej Mana Untuk Saya? | Terma & Syarat Insentif RM500? | Apa Benfit SSPN-i Plus?