Analisa Ringkas Pakej SSPN-i Plus

Terdapat 6 jenis pakej yang ditawarkan kepada bakal pendeposit SSPN-i Plus. Setiap pakej mempunyai kelebihan masing-masing. Berikut adalah analisa ringkas berkenaan perbezaan di antara 6 pakej tersebut.

Pakej Intan – Pakej mampu milik dengan kadar komitmen terendah!

  • Formula RM1/sehari (RM30/sebulan)
  • Manfaat takaful sehingga RM40K
  • Takaful RM10K untuk penyakit kritikal
  • Elaun harian hospital RM20/sehari
  • Unjuran 20 tahun, +dividen purata 4.25% = RM7k

Pakej Intan SSPN-i Plus adalah pakej mampu milik  dengan kadar komitmen terendah. Pakej ini membolehkan anda membuat tabungan dengan hanya menyimpan RM1 sehari.

Walaupun lebih kecil dari segi jumlah tabungan bulanannya, tetapi anda masih tetap berpeluang mencarum ke akaun takaful untuk membolehkan pendeposit menerima manfaat takaful.

Potensi simpanan bagi 20 tahun termasuk anggaran dividen purata 4.5% menjangkau RM7,647 disifatkan rendah bagi kemasukan universiti.

Dalam masa yang sama anda juga layak menyertai Cabutan SSPN-i Plus Tahunan dan Suku Tahun.

Memandangkan penyertaan cabutan SSPN-i Plus memerlukan deposit RM50 atau RM100 untuk setiap penyertaan. Jika mengambil kira deposit tahunan  RM360/RM50=7 (RM30 x 12 /RM50) maka peluang memenangi cabutan lebih rendah.

Anda dinasihatkan membuka akaun yang lebih tinggi untuk mendapatkan kelebihan untuk lebih banyak cabutan.

Oleh kerana simpanan bulanan yang agak rendah maka potensi keuntungan dividen juga rendah.

Pakej Topas – Pakej Simpanan Tema Kesederhanaan (RM100)

  • RM100/sebulan
  • Unjuran 20 tahun, dividen purata 4.25% = RM34k
  • Manfaat takaful sehingga RM40K
  • Takaful RM10K untuk penyakit kritikal
  • Elaun harian hospital RM20/sehari

Komitemen bulanan pakej Topas adalah sebanyak RM100. Sebanyak RM90 diperuntukkan kepada “Akaun Simpanan” manakala RM10 disumbangkan kepada caruman Takaful.

Pakej Zamrud – Sasar Pembiayaan RM68,000 (RM200)

  • RM200/sebulan – komitmen sederhana
  • Unjuran 20 tahun +dividen purata 4.25% = RM68k
  • Manfaat takaful sehingga RM80K
  • Takaful sehingga RM20K untuk penyakit kritikal
  • Elaun harian hospital RM40/sehari

Simpanan terkumpul untuk jangka masa 20 tahun dengan anggaran dividen +4.25% setiap tahun dianggarkan menjangkau RM68,821.00.

Rebat Cukai Pendapatan RM2,160.00

Dengan caruman simpanan bulanan RM180 jumlah simpanan tahunan mencapai RM2,160.00. Hal ini juga menunjukkan amaun kelayakan untuk rebat taksiran Cukai Pendapatan LHDN juga adalah sebanyak RM2,160.00.

Manfaat Takaful Sehingga RM80,000

Dengan pakej ini, Pendeposit memperoleh manfaat sehingga RM80,000.00 sekirannya berlaku kematian atau keilatan kekal yang menyeluruh (hilang upaya kekal) akibat kes kemalangan.

Bagi kes bukan kemalangan manfaat yang ditawarkan adalah sehingga RM40,000.00. Perlindungan yang ditawarkan ini adalah meliputi 24 jam dan seluruh dunia.

Pakej Nilam SSPN-i Plus, Sasar Simpanan RM103K dlm 20 thn

  • RM300/sebulan – komitmen sederhana tinggi
  • Manfaat takaful sehingga RM120K
  • Takaful sehingga RM30K untuk penyakit kritikal
  • Elaun harian hospital RM60/sehari
  • Unjuran 20 tahun +dividen purata 4.25% = RM103k

Pakej Nilam SSPN-i Plus merupakan pakej yang sesuai bagi pendeposit yang mensasarkan jumlah simpanan terkumpul yang tertinggi dengan jumlah deposit bulanan yang sederhana tinggi.

Pakej Nilam ini memperuntukkan sebanyak RM270 kepada Akaun Simpanan manakala baki RM30 lagi disumbangkan kepada Caruman Takaful.

Simpanan RM103 Ribu Dalam Masa 20 Tahun

Unjuran simpanan terkumpul bagi Pakej Nilam mencapai amaun RM103,231.00. Jumlah ini diperoleh dengan simpanan tetap bagi jangka masa 20 tahun dengan anggaran dividen +4.25% setiap tahun.

Manfaat Takaful RM1 Juta – Pakej Berlian SSPN-i Plus

  • RM500/sebulan –
  • Manfaat takaful sehingga RM1 Juta
  • Takaful RM100K untuk penyakit kritikal
  • Elaun harian hospital RM200 sehari
  • Unjuran 20 tahun +dividen purata 4.25% = RM76k

 

Pakej Berlian SSPN-i Plus direka khusus bagi Pendeposit yang mengutamakan Caruman dan Manfaat ke atas Takaful yang maksimum. Sebanyak RM300 diperuntukkan kepada caruman takaful manakala RM200 untuk Akaun Simpanan.

Dengan pakej ini, Pendeposit memperoleh manfaat sehingga RM1,000,000.00 (satu juta ringgit) sekirannya berlaku kematian atau keilatan kekal yang menyeluruh (hilang upaya kekal) akibat kes kemalangan.

Bagi kes bukan kemalangan manfaat yang ditawarkan adalah sehingga RM500,000.00. Pakej ini merupakan satu-satunya pakej yang menawarkan manfaat atas keilatan kekal sebahagian sehingga RM100,000.00. Perlindungan yang ditawarkan ini adalah meliputi 24 jam dan seluruh dunia.

Di samping itu, manfaat sehingga RM100,000.00 diperuntukkan untuk kes 36 penyakit kritikal.

Persamaan

Apakah persamaan diantara pakej-pakej SSPN-i Plus?

  1. Manfaat khairat kematian (funeral expenses)
  2. Rebat Cukai Pendapatan LHDN
  3. Dividen tahunan
  4. Kelayakan memohon pinjaman PTPTN
  5. Simpanan Dijamin Kerajaan Malaysia
  6. Kelayakan menyertai Cabutan SSPN-i Plus 2016/17
  7. Patuh Syariah