Soalan Lazim SSPN1M Dapat RM500

Soalan-soalan lazin mengenai SSPN1M dan pemberian insentif khas geran sepadan RM500 dalam akaun SSPN1M bagi tahun 2018.

Bermula 1 Januari 2018 anak-anak yang sekolah rendah layak menerima insentif RM500 dengan menabung untuk ke universiti.

Mula Menabung SSPN1M-i Plus – Simpan & Dapat RM500  Klik Sini

Soalan 1

Apakah Maksud Geran Sepadan RM500?

Geran Sepadan RM500 atau GS500 adalah insentif daripada Bajet 2018 yang dibentangkan baru-baru ini.

RM500 akan diberikan kepada pelajar sekolah rendah membuat simpanan sebanyak RM500 pada tahun 2018.

Pemberian ini terhad kepada 500,000 pelajar yang terawal sahaja.

Apakah Maksud Geran Sepadan?

geran sepadan RM500 SSPN SSPN1M

Geran sepadan atau dalam bahasa rojaknya disebut “matching grant” merupakan, dana yang akan diluluskan sekiranya sasaran yang ditetapkan telah berjaya dipenuhi.

Dalam hal SSPN1M, setelah simpanan berjaya mencapai sasaran RM500, maka dana geran RM500 akan diberikan.

Jika anda memilih untuk menabung dengan jumlah yang kecil untuk suatu jangka masa (Contoh: RM100 sebulan, RM500 memerlukan komitemen 5 bulan), apabila tercapai amaun yang ditetapkan, anda telah berjaya mempraktikkan budaya menabung setiap bulan.

Oleh itu tercapailah hasrat murni kerajaan (penyedia geran) yang mahu memupuk budaya menabung.

Soalan 2 :

Apakah yang dimaksudkan dengan SSPN1M?

SSPN1M adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dijenamakan semula daripada produk simpanan PTPTN. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus atau dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus.

Walaupun dengan penjenamaan ini, ciri-ciri produk masih sama dan kekal relevan untuk penabungan pendidikan anak-anak.

 

 

Soalan 3 :

Bilakah pelaksanaan insentif GS500 bermula?

Pelaksanaan insentif GS500 adalah mulai 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal mendeposit RM500 (first come, first serve basis).

Soalan 4 :

Siapakah yang layak menerima insentif GS500?

Insentif GS500 layak diberikan kepada pendeposit seperti berikut:

  1. Mempunyai akaun SSPN1M yang dibuka untuk penerima manfaat;
  2. Penerima manfaat (pada tahun 2018) mestilah:
    a. berumur tujuh (7) hingga dua belas (12) tahun; atau
    b. sedang belajar di sekolah rendah

 

Soalan 5 :

Di manakah pendeposit boleh membuka akaun atau menambah simpanan SSPN1M?

Akaun SSPN1M boleh dibuka / ditambah secara online dengan melayari laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik, tertakluk kepada syarat-syarat pembukaan
akaun yang telah ditetapkan.

Untuk membuka akaun SSPN1M-i Plus secara online anda boleh klik link di laman web ini.

Mula Menabung SSPN1M-i Plus – Simpan & Dapat RM500  Klik Sini

 

Soalan 6 :

Adakah terdapat pengecualian khusus untuk syarat-syarat pembukaan akaun SSPN1M bagi mendapatkan insentif ini?

Sebagai contoh, kelonggaran syarat pembukaan akaun kepada warganegara asing yang bekerja di Malaysia.

Jawapan :
Tiada. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN1M masih kekal sebagaimana sedia ada.

 

Soalan 7 :

Adakah akaun baharu perlu dibuka jika penerima manfaat telah mempunyai akaun SSPN1M?

Jawapan :
Tidak perlu.

Soalan 8:

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan insentif GS500?

Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM500.00 dalam produk yang sama di dalam tahun 2018 (tidak termasuk jumlah takaful bagi SSPN1M-i Plus).

Contoh:
PENERIMA
MANFAAT KETERANGAN SSPN1M-i SSPN1M-i
Plus CATATAN
1 Simpanan 500 – Layak GS500
2 Simpanan – 500 Layak GS500
3 Simpanan 200 300 Tidak layak

 

Soalan 9 :

Adakah permohonan perlu dibuat untuk mendapatkan GS500?

Tidak perlu kerana insentif GS500 akan diberikan secara automatik.

Soalan 10 :

Bilakah insentif GS500 ini diberikan?

Jawapan :
Insentif GS500 ini akan diberikan pada penghujung bulan yang sama setelah jumlah simpanan bersih mencecah RM500, tertakluk kepada peruntukan RM250 juta atau 500,000 akaun terawal (first come, first serve basis).

Soalan 11 :

Adakah pendeposit layak mendapat perlindungan takaful berkelompok secara percuma sekiranya jumlah simpanan di dalam SSPN1M-i telah mencecah RM1,000 termasuk RM500 daripada insentif GS500?

Jawapan :
Layak.

 

12. Soalan :

Adakah pendeposit layak menerima insentif GS500 sekiranya telah mengeluarkan wang sebanyak RM500 dari akaun SSPN1M-i dan membuat penambahan simpanan ke dalam akaun SSPN1M-i Plus sebanyak RM500 bagi penerima manfaat yang sama?

Jawapan :
Tidak layak kerana simpanan bersih terkumpul tidak mencukupi RM500.

Contoh:
PENERIMA
MANFAAT KETERANGAN SSPN1M-i SSPN1M-i
Plus CATATAN
1
Pengeluaran 500 – Tidak layak
Simpanan – 500

 

13. Soalan :

Seorang penerima manfaat mempunyai 2 akaun yang dibuka oleh ibu dan bapa. Adakah kedua-dua akaun layak menerima GS500 jika semua syarat telah dipenuhi?

Jawapan :
Tidak. Seorang penerima manfaat hanya layak menerima sekali insentif GS500 sahaja. Keutamaan pemberian insentif ini adalah kepada akaun yang terlebih dahulu mencapai simpanan bersih RM500.

14. Soalan :

Pendeposit yang mempunyai lebih dari seorang penerima manfaat yang berumur tujuh hingga dua belas tahun dalam tahun 2018. Adakah kesemua penerima manfaat tersebut layak menerima insentif GS500?

Jawapan :

Layak. Insentif diberikan kepada setiap penerima manfaat yang memenuhi
syarat yang ditetapkan.

15. Soalan :

Sekiranya penerima manfaat telah menerima insentif GS50 pada tahun 2017, adakah masih layak menerima insentif GS500 bagi tahun 2018?

Jawapan :
Layak kerana melibatkan insentif yang berbeza.

16. Soalan :

Adakah pembukaan akaun/ tambahan simpanan melalui wang sumbangan juga layak menerima insentif GS500?

Jawapan :
Layak, sekiranya jumlah simpanan bersih tahun 2018 mencukupi RM500.

17. Soalan :

Bolehkah insentif GS500 ini dikeluarkan?

Jawapan :
Insentif GS500 boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat mencecah umur 18 tahun.

18. Soalan :

Bolehkah simpanan selain insentif GS500 dikeluarkan sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun?

Jawapan :
Boleh dengan syarat baki minimum mestilah sekurang-kurangnya RM1,000
termasuk insentif GS500.

Contoh:
Pendeposit mempunyai baki simpanan sebanyak RM2,000 dan telah menerima insentif GS500. Keseluruhan simpanan adalah sebanyak RM2,500. Pendeposit dibenarkan membuat pengeluaran maksimum sebanyak RM1,500.

19. Soalan :

Adakah insentif GS500 boleh dipindahkan ke akaun penerima manfaat yang lain?

Jawapan :
Tidak boleh. Insentif GS500 adalah milik penerima manfaat secara individu dan
tidak boleh dipindah milik ke penerima manfaat yang lain walaupun di bawah
pendeposit yang sama.

20. Soalan :

Jika pendeposit berhasrat untuk membuat penutupan akaun sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun, adakah insentif GS500 boleh dikeluarkan bersama?

 

Jawapan :
Tidak boleh. Insentif GS500 akan ditarik balik sekiranya pendeposit melanggar terma dan syarat yang ditetapkan dan amaun penutupan hanya tertakluk kepada jumlah simpanan dan dividen sahaja.

21. Soalan :

Apa yang berlaku kepada GS500 sekiranya pendeposit atau penerima manfaat meninggal dunia sebelum penerima manfaat mencecah umur 18 tahun?

Jawapan :

Apabila berlaku kematian ke atas:-
i. pendeposit : Semua akaun di bawah nama pendeposit perlu ditutup dan
layak menerima GS500.
ii. penerima manfaat : Akaun penerima manfaat perlu ditutup dan layak
menerima

 

22. Soalan :

Adakah insentif GS500 layak dividen?

Jawapan :
Layak.

23. Soalan :

Adakah insentif GS500 layak mendapat pengecualian cukai?

Jawapan :

Tidak layak. Insentif GS500 merupakan geran daripada kerajaan dan bukanlah simpanan daripada pendeposit.

Kerajaan beri RM500 kepada pelajar sekolah rendah

Tarikh kemaskini FAQ 2 Januari 2018

Mula Menabung SSPN1M-i Plus – Simpan & Dapat RM500  Klik Sini