Berjimat dengan SSPN-i Plus atau Skim Simpanan Pendidikan 1 Malaysia SSP1M

Berjimat Dengan SSPN-i/SSPN1M-i Plus – Kurangkan Taksiran Cukai Pendapatan

Tahukah anda dengan menyimpan untuk pengajian tinggi anak-anak anda… Anda layak untuk insentif cukai pendapatan yang membolehkan anda menerima rebat cukai pendapatan LHDN sehingga RM12,000?

Anda layak untuk membuat tuntutan ke atas simpan bersih dengan SSPN1M (RM6,000) serta KWSP dan insuran nyawa (RM6,000) dengan mendeposit ke akaun simpanan SSPN1M.

Jika majikan anda membuat caruman bulanan tuntut semula wang tunai anda. Sekiranya anda membuat bayaran sendiri, kurangkan jumlah taksiran anda dengan mendeposit ke SSPN1M-i Plus. Deposit bersih di SSPN1M-i Plus melayakkan pengurangan Taksiran Cukai Pendapatan.

Tarikh akhir untuk membuat deposit adalah 31 Disember 2017. Bertindaklah Sekarang. Daftar Sebelum Terlambat!

Disini saya ingin kongsikan bagaimama anda boleh memaksimakan tuntutan insentif rebat cukai anda! Bagaimana?

TIPS TUNTUTAN MAKSIMA!

Anda boleh memaksimakan tuntutan anda dengan:

  • Deposit in advance (12 bulan/24 bulan)
  • Buka akaun untuk setiap orang anak
  • Membuat tuntutan berasingan suami/isteri – pasangan anda buka akaun untuk setiap anak.

Untuk membolehkan anda membuat tuntutan maksima, saya nasihatkan anda membuat deposit advance ke akaun Pakej Topaz, Zamrud atau Nilam. Tujuan saya mencadangkan pakej ini adalah kerana pakej ini mempuyai ratio simpanan tertinggi 80% berbanding caruman takaful (20%). Biasanya bahagian tuntutan Insuran Nyawa dan KWSP telah digunakan oleh caruman KWSP. Secara peribadi saya tak mencadangkan pakej Berlian kerana ratio takaful agak tinggi.

Anggaran Kelayakan Tuntan Insentif Pelepasan Cukai (Deposit advance 12 bulan)

Pakej Topas Zamrud Nilam
Deposit 12 bulan RM1200 RM2400 RM3600
Rebat SSPN1M RM960 RM1920 RM2880
Rebat Takful/KWSP RM240 RM480 RM720

Anggaran Kelayakan Tuntutan Insentif Pelepasan Cukai (Deposit Advance 24 bulan)

Pakej Topas Zamrud Nilam
Deposit 24 bulan RM2400 RM4800 RM7200
Rebat SSPN1M RM1920 RM3840 RM5760
Rebat Takful/KWSP RM480 RM960 RM1440

 

Mengapa Perlu “deposit in advance”?

Tarikh akhir untuk membuat deposit adalah 31 Disember 2017.

 

Penerangan berkenaan rebat cukai sehingga RM12,000.

 

Screenshot dibawah ialah sampel borang e-Filing LHDN di mana anda boleh menyemak di bahagian “Tuntutan Pelepasan” setelah melegkapakan maklumat peribadi dan jumlah pendapatan bercukai anda.

Tuntutan dan Pelepasan Taksiran Cukai

 

Screenshot seterusnya menunjukkan anda boleh mengisi ruangan “Tabungan bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional” terhad RM6,000.00. Walau bagaimanapun jumlah kelayakan sebenar adalah berdasarkan jumlah simpanan bersih anda dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Simpanan bersih bermaksud, sekiranya terdapat pengeluaran – jumlah kelayakan akan berkurangan.

kelayakan SSPN di LHDN

 

Seterusnya anda juga layak menuntut lagi sehingga RM6,000 bagi tuntutan pelepasan ke atas kategori “Insuran Nyawa dan KWSP”. Di bahagian ini anda boleh mengisi caruman tahunan takaful SSPN1M-i Plus yang boleh anda semak pada penyata tahunan SSPN1M-i Plus anda.

Kelayakan tuntutan ke atas KWSP dan insuran nyawa

 

Tidak Rugi Mendeposit Lebih Dengan SSPN1M-i Plus Kerana:

  1. Simpan untuk anak anda sendiri.
  2. Jimat membayar cukai pendapatan (drp bayar LHDN lebih baik bayar anak anda!)
  3. Extra deposit memberi kelebihan cabutan bertuah.

Peroleh Ketenangan Fikiran

  1. Simpanan Dijamin Kerajaan
  2. Patuh Syariah
  3. Perlindungan takaful keatas perbelanjaan universiti anak anda

Jaminan Wang Dikembalikan

Sekiranya berubahh fikiran. Anda boleh menutup akaun dalam masa 15 hari. Pulangan deposit 100%.

Kad Kredit Diterima

Anda boleh membuat pembukaan akaun serta penambahan deposit dengan kad kredit Visa/Master Card pada bila-bila masa.

 

Disclaimer:

Fakta telah disemak tepat semasa artikel ini dikarang. Kelayakan adalah semasa promosi berlangsung sahaja (2017). Saranan/idea/tips adalah pandangan peribadi penulis. Tiada sebarang paksaan untuk pembaca membuat keputusan. Bagi pembayar cukai yang membayar cukai lebih banyak akan dapat menerima lebih penjimatan.