Bank Note RM500 Sangat “Rare” Zaman Sekarang – Tapi Nak Dapat RM500 Boleh Je…

Memang susah kan sekarang nak jumpa bank note RM500? Kalau pergi minta dengan bank pun pasti dah tak ada.  Kalau nak cari, mungkin ada pada orang yang ada hobi menyimpan wang-wang lama.

Tapi kalau nak dapat RM500 dengan mudah, tahun 2018 ni ada cara.

Kalau ada anak sekolah rendah 3 orang boleh dapat RM500 x 3.

Bagaimana nak dapat RM500.00? …

Continue reading “Bank Note RM500 Sangat “Rare” Zaman Sekarang – Tapi Nak Dapat RM500 Boleh Je…”

RM500 Kepada Pelajar Sekolah Rendah Yang Membuat Persediaan Untuk Perbelanjaan Pendidikan Tinggi

SSPN1M Khas untuk 500,000 yang terawal sahaja

Khas untuk 500,000 pelajar yang terawal sahaja.

RM500 Akan Menjadi Milik

RM500 Akan Menjadi Milik Anda

Dengan membuat simpanan SSPN1M

Dengan Membuat Simpanan di dalam Tabung SSPN1M-i Plus

Adakah membebankan?

Adakah RM500 jumlah yang besar bagi anda?

Buat simpanan konsisten setiap bulan dalam tahun 2018.

Sebanyak RM250 juta diperuntukkan kepada 500 ribu pelajar sekolah rendah melalui Bajet 2018.

RM500 akan diterima setelah ibu bapa membuat simpanan sebanyak RM500 menerusi SSP1M (Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia).

Continue reading “RM500 Kepada Pelajar Sekolah Rendah Yang Membuat Persediaan Untuk Perbelanjaan Pendidikan Tinggi”

Sasar Simpanan RM103K dlm 20 tahun – Pakej Nilam SSPN1M-i Plus

Pakej Nilam SSPN1M-i Plus merupakan pakej yang sesuai bagi pendeposit yang mensasarkan jumlah simpanan terkumpul yang tertinggi dengan jumlah deposit bulanan yang sederhana tinggi.

Pakej Nilam ini memperuntukkan sebanyak RM270 kepada Akaun Simpanan manakala baki RM30 lagi disumbangkan kepada Caruman Takaful.

Simpanan RM103 Ribu Dalam Masa 20 Tahun

Unjuran simpanan terkumpul bagi Pakej Nilam mencapai amaun RM103,231.00. Jumlah ini diperoleh dengan simpanan tetap bagi jangka masa 20 tahun dengan anggaran dividen +4.25% setiap tahun.

Continue reading “Sasar Simpanan RM103K dlm 20 tahun – Pakej Nilam SSPN1M-i Plus”

Keistimewaan SSPN1M-i Plus

SSPN-i Plus ialah suatu PELAN SIMPANAN JANGKA PANJANG khusus untuk BELANJA UNIVERSITI anak-anak anda.

Terdapat pelbagai keistimewaan yang dinikmati oleh pendeposit SSPN-i Plus:

1. Pelepasan Cukai Pendapatan

Berita baik untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Anda layak mendapatkan potongan untuk pendapatan bercukai sebanyak RM12,000.00.

Bagaimana boleh untuk mendapatkan pelepasan cukai sehingga RM12k?

Pendeposit SSPN-i Plus+ layak untuk insentif:

  1. RM6,000.00 (maksima) untuk “Tabungan Skim Simpanan Nasional”
  2. RM6,000.00 (maksima) untuk caruman takaful di bawah “Insurans Nyawa dan KWSP”

Dengan erti kata lain – anda mendapat “cashback” untuk deposit. Sebahagian simpanan untuk anak anda DITANGGUNG oleh Kerajaan. Cepat Buka Akaun deposit SSPN-i Plus, kerana tahun depan kerajaan akan cover balik duit sebahagian simpanan anda.

Dibawah ialah sampel borang e-Filing LHDN dimana anda boleh membuat tuntutan RM6,000 akaun SSPN.

kelayakan SSPN di LHDN

Seterusnya, sedutan dimana ada boleh mengisi di dalan e-Filing tuntutan RM6,000 – insurans nyawa. Jumlah tertakluk kepada sumbangan takaful di dalam akaun SSPN-i +Plus.

Kelayakan tuntutan ke atas KWSP dan insuran nyawa

Untuk tips BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN pelepasan cukai SSPN, sila klik untuk baca lebih lanjut [Berjimat Dengan SSPN-i Plus]

2. Dividen Simpanan Kompetitif

Pada tahun 2013 dan 2014, kadar dividen SSPN-i yang diumumkan oleh PTPTN adalah sebanyak 4.25%. Untuk tahun 2015 jumlah dividen yang diagihkan adalah sebanyak RM60.8 juta kepada semua pendeposit pada kadar 4% untuk setiap akaun yang dibuka.

Dengan dividen yang kompetitif begini dengan anggapan ekonomi Malaysia yang terus berkembang anda boleh mencapai unjuran simpanan sehingga RM103K dalam masa 20 tahun dengan Pakej Nilam.

3. Simpanan Dijamin Kerajaan

Kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang anda sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Oleh itu deposit di SSPN-i tidak lebur begitu sahaja seperti nasib yang berlaku kepada peserta Skim Cepat Kaya.

4. Manfaat Takaful

Lengkapkan pelan simpanan dengan “BACK-UP PLAN”. Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini kepada pendeposit, pampasan takaful dapat membantu belanja anak ke universiti.

5. Perlindungan Takaful SSPN-i Plus Sehingga RM1 JUTA

Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

SSPN-i Plus - Simpan dan Lindung

6. Cabutan Wow SSPN-i Plus

Hadiah sehingga RM500,000 untuk dimenangi. Hadiah utama RM100,000 untuk cabutan PTPTN 20 Tahun.

Hadiah Utama Cabutan SSPN-i Plus PTPTN 20 Tahun 31 Oktober 2017

Cabutan Wow PTPTN 20 Tahun

  • RM100,000  (1 pemenang Utama)
  • RM10,000 (1 pemenang Kedua)
  • RM1000 (100 Pemenang Tempat ke-3)
  • RM100 (2000 pemenang saguhati)

Hadiah terbuka untuk 2103 orang pemenang! Adakah anda salah seorang…

Hadiah Mungkin Menjadi Milik Anda! Tarikh Tutup 31 Oktober 2017

Tanpa Risiko • Simpanan Dijamin Kerajaan • Tuntut Rebat Cukai • Perlindungan Takaful Sehingga RM1,000,000

Cabutan Bulanan

  • RM10,000 – 1 Tempat Pertama – SETIAP BULAN
  • RM100 – 100 Pemenang Saguhati

Daftar Akaun SSPN-i Plus

Simpan dan Tuntut Rebat Cukai Pendapatan!

Tahukah anda simpanan di SSPN layak untuk tuntutan rebat cukai pendapatan sehingga RM12,000.

Simpan dan tuntut semula wang tunai anda!

Hadiah cabutan bulanan Cabutan SSPN-i Plus RM10,000 setiap bulan.

7. Simpanan Patuh Syariah

Status halal bagi produk simpanan dan takaful SSPN-i Plus telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

  • Kontrak Wakalah – untuk skim takaful perlindungan pendeposit.
  • Wakalah Bil Istithmar – diamalkan dalam pengurusan akaun simpanan.

8. Khairat Kematian – (funeral expenses)

Sebanyak RM2,500.00 hingga RM18,000.00 diperuntukkan untuk khairat kematian yang meliputi pendeposit atau ahli keluarga terdekat. Untuk makluman – khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termsuk sehingga 3 orang anak.

9. Elaun Harian Hospital

Pendeposit layak menerima RM20 hingga RM200 elaun harian hospital berdasarkan pelan yang diambil sekiranya terpaksa bermalam di mana-mana hospital.

10. Takaful – Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan

Scara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.

11. Layak Memohon Pinjaman PTPTN

Pihak PTPTN telah menetapkan syarat pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan pinjaman pendidikan.

12. Serendah RM30 Sebulan

Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Oleh itu dengan formula simpanan RM1 sehari, pendeposit boleh menyimpan sambil menerima manfaat takaful.

13. Perbankan Internet/FPX, Kad Debit/Kredit diterima

Buka akaun secara mudah pada bila-bila masa dengan kaedah pembayaran on-line. Bayaran bulanan melalui kad kredit atau perbankan internet FPX diterima.

14. Simpan Konsisten – Potongan Gaji / Auto-debit

(Tips tekini!) Bina tabung pendidikan anak anda dengan konsisten tanpa perlu urusan setiap bulan – Dengan menyatakan maklumat potongan gaji atau no akaun bank – SSPN-i Plus adalah setup & forget.

  • Potongan Gaji – Kakitangan kerajaan
  • Auto-debit – Sektor Swasta: Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, Bank Rakyat, …

15. Jaminan Wang Dikembalikan

(Tips!) Sekiranya berubahh fikiran. Anda boleh menutup akaun dalam masa 15 hari. Pulangan deposit 100%.

 

Daftar SSPN-i Plus Hari Ini dan Nikmati Kelebihan Berganda

Oleh itu, jangan berlengah lagi. Mula menabung hari ini dan nikmati kelebihan berganda.

Menabunglah untuk masa depan anak-anak dan keluarga yang tersayang. Peroleh ketenangan fikiran dengan skim takaful dan simpanan auto-debit.

Daftar SSPN-i Plus