Apakah Simpanan Pendidikan?

Setiap ibu bapa pasti memiliki impian untuk setiap anak memiliki Diploma, Ijazah & PhD. Kos untuk pendidikan tinggi ini secara umumya bukan sedikit. Terdapat pebagai biasiswa yang disediakan tetapi ia hanya terhad kepada pelajar yang mendapat pencapaian yang cemerlang. Ramai yang memilih untuk membuat pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.

 

Mengapa Perlu Simpanan Pendidikan

Tahukah anda sekiranya perancangan dibuat lebih awal, beban kos pendidikan tinggi dapat dikurangkan? Bagaimana?

Oleh kerana pembiayaan yang diperlukan adalah signifikan besar

Simpanan pendidikan ialah simpanan jangka panjang. Hasilnya akan digunakan untuk membiayai kos pendidikan tinggi.

Bagaimana Nak Tetapkan Sasaran

4% Agihan Dividen Patuh Syariah untuk Akaun SSPN-i

“PENGAGIHAN DIVIDEN PENDEPOSIT 
SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL TAHUN 2016 SEBANYAK 4%”

PTPTN telah mengadakan pengumuman dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi Tahun 2016 iaitu meliputi dua skim simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus pada 13 Februari 2017 (Isnin) bertempat di Menara PTPTN.

Pengumuman dibuat oleh YB. Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, Pengerusi PTPTN dan turut dihadiri YBrs. Encik Wan Ahmad bin Wan Yusoff, Ketua Eksekutif PTPTN serta Pengurusan Tertinggi PTPTN.

Kadar dividen SSPN-i/SSPN-i Plus bagi tahun 2016 yang diumumkan adalah sebanyak 4%. Kadar 4% dividen SSPN-i/SSPN-i Plus tahun 2016 ini adalah berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang telah diterima oleh PTPTN.

Agihan dividen dijangka dikreditkan kepada akaun pendeposit pada bulan ini. Teruskan penabungan di dalam SSPN-i/SSPN-i Plus demi masa hadapan yang terjamin. Amalkan budaya menabung sejak anak dari kecil lagi.

Simpan, Simpan, Simpan, Jaminan Masa Depan!